Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Selasa, 1 Oktober 2013

Kompleks perniagaan bernilai RM15 juta dibina di Gua Musang

Bandar Gua Musang, Kelantan. Foto ihsan: Majlis Daerah Gua Musang
GUA MUSANG: Sebuah kompleks perniagaan, hotel dan apartmen membabitkan kos RM15 juta yang akan dibina di bandar ini bakal menjadi mercu tanda pembangunan pesat Gua Musang.

Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata usaha itu sekali gus tanda perubahan bandar terbabit sebagai yang kedua terbesar di Kelantan selepas Kota Bharu.

Kerajaan negeri memberi sokongan penuh terhadap pelaksanaan projek pembangunan di bandar itu untuk menunaikan hasrat rakyat menikmati kemajuan, katanya ketika berucap pada majlis Pecah Tanah Pembinaan Kompleks Perniagaan, Hotel dan Apartmen berkenaan di Jalan Persiaran Raya Isnin.

Pembinaan kompleks yang dijangka mengambil masa dua tahun itu adalah hasil usaha sama Majlis Daerah Gua Musang dengan Syarikat Pembinaan Bandar Baru Gua Musang Sdn Bhd.

Mohd Amar juga berkata kerajaan negeri merancang untuk menarik pelabur bagi membuka pelbagai industri berat di bandar ini, dan bakal mewujudkan 2,000 peluang pekerjaan. 

Sumber: BERNAMA | 30 Sept. 2013 |

1 ulasan: