Firdaus (kiri) menunjukkan laporan polis yang dibuat di IPD Kota Bharu, pagi kelmarin. |
KOTA BHARU: Seorang peminat bola sepak Kelantan membuat laporan polis
berhubung ancaman bunuh ke atas tonggak The Red Warriors (TRW), Indra
Putra Mahayuddin oleh penyokong Johor Darul Takzim (JDT) menerusi laman
sosial Facebook.
Laporan tersebut dibuat oleh Mohd. Firdaus Mohd. Saari, 32, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, kira-kira jam 11.29 pagi kelmarin.
Mohd. Firdaus berkata, laporan tersebut dibuat bagi membantah tindakan pemilik laman sosial Facebook berkenaan yang menggunakan akaun status Boy Nazrie.
Mohd Firdaus berkata, sebagai peminat dan penyokong TRW, tindakan Boy Nazrie itu boleh mengganggu gugat ketenteraman awam.
“Saya harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang membuat kenyataan tersebut,” katanya.
Indra Putra bagaimana pun dilaporkan tidak mengetahui dirinya diancam bunuh selepas aksi suku akhir kedua Piala Malaysia menentang JDT di Stadium Sultan Muhammad IV, Sabtu lalu. Indra memberitahu dia tidak mengambil serius ugutan itu yang disifatkannya hanya sebagai gurauan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut.
Beliau berkata, kes tersebut diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 10 Okt. 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan