Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Rabu, 9 Oktober 2013

Lebih 38,000 pelajar dapat biasiswa Yakin

KOTA BHARU: Kerajaan negeri melalui Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin) sehingga kini mengeluarkan biasiswa berjumlah RM11.9 juta kepada pelajar anak tempatan. Selain itu RM74.5 juta dalam bentuk pinjaman kepada pelajar sejak 1981 sehingga sekarang.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan (gambar) berkata, dalam tempoh tersebut seramai 38,742 pelajar mendapat manfaat dalam bentuk biasiswa.

“Manakala seramai 9,658 pelajar diberi pinjaman bagi melanjutkan pelajaran di peringkat menengah dan tinggi,” katanya menjawab soalan Abdul Rasul Mohamad (PAS-Bukit Tuku) pada persidangan Dun hari ini.

Sementara itu persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) juga diberitahu Kelantan mendapat pinjaman berjumlah RM603 juta diberi Kerajaan Pusat bagi meningkatkan prasarana bekalan air bersih.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Hanifa Ahmad berkata, pinjaman itu dikenakan kadar bunga sebanyak 4 peratus setahun.

Menjawab soalan tambahan Abdul Azziz Abdul Kadir (PAS-Jelawat) katanya, Kelantan hanya diberi kemudahan pinjaman selepas 11 tahun PAS mentadbir negeri ini.

“Dalam tempoh 11 tahun sejak 1990 Kelantan tidak mendapat sebarang pinjaman dan bantuan menyebabkan kita tidak boleh melaksanakan projek meningkatkan prasarana bekalan air bersih.

“Sedangkan negeri-negeri lain mendapat geran dan bukan pinjaman seperti diberi kepada Kelantan. Air bersih merupakan keperluan asasi rakyat,” katanya.

Beliau juga memberitahu kerajaan negeri bersetuju untuk migrasi dengan Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) dan sekarang tinggal beberapa lagi perkara perlu diselesaikan.

Katanya Unit Perancangan Ekonomi Negeri telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi memuktadkan beberapa perkara.

Menurutnya juga Kelantan dijangka mendapat diskaun sehingga 75 peratus daripada jumlah pinjaman yang diterima hasil daripada migrasi dengan PAAB. Oleh itu beliau percaya proses migrasi tersebut ditandatangani pada awal tahun hadapan.

Sumber: Harakah Daily | 8 Okt. 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan