![]()  | 
| Poster 'Zon Menjaga Aurat' yang diletakkan di pejabat Menteri Besar Kelantan di Kota Bharu. | 
KOTA BHARU: Kompleks sekretariat Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini ditetapkan sebagai Zon Menjaga Aurat yang dikuatkuasakan 
kepada kakitangan semua  kakitangan awam negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan 
Kesejahteraan Rakyat, Mumtaz Md Nawi yang melancarkan kempen itu berkata
 pekeliling kerajaan negeri sebelum ini dikhususkan kepada kakitangan 
awam wanita tetapi kini ia turut dikuatkuasakan kepada kakitangan 
lelaki.
Surat pekeliling yang dikeluarkan pada 1993 oleh setiausaha negeri, kini dikuatkuasakan kepada semua kakitangan sejak Ahad lalu.
Beliau memberitahu Harakahdaily, walaupun kakitangan awam lelaki 
berpakaian mengikut prinsip Islam di tempat kerja, mereka gagal mematuhi
 garis panduan itu ketika bersukan.
Menurut Islam, aurat adalah bahagian di tubuh manusia yang perlu ditutup daripada pandangan orang lain dengan pakaian. Wanita perlu menutup aurat kecuali di tangan dan muka manakala lelaki perlu berpakaian menutup aurat dari pusat ke lutut.
Mumtaz juga berkata, kerajaan bertanggungjawab untuk melindungi 
maruah mereka yang berada di bawah pentadbirannya, sama seperti bapa 
melindungi keluarganya dalam konteks Islam.
Sumber: mStar Online | 3 Okt. 2013 | 

Tiada ulasan:
Catat Ulasan