KOTA BHARU: Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan Ladang Tapis Sdn
Bhd (LTSB), telah membayar bonus hingga 11.5 bulan gaji kepada
kakitangannya walaupun kerugian.
LTSB yang juga anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), didapati membuat bayaran bonus pada 2011 tanpa mendapat kelulusan kerajaan negeri.
Menurut laporan itu, audit antara Julai hingga September 2012 mendapati, pengurusan syarikat perladangan itu berada dalam keadaan kurang memuaskan apabila mengalami kerugian terkumpul RM5.21 juta pada 2011.
Mengulas isu tersebut, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap Laporan Ketua Audit Negara, termasuk merujuk jabatan dan agensi terlibat sebelum membuat keputusan.
“Oleh sebab dilaporkan audit, kita akan bincang dengan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, kita akan jalankan siasatan mengenai perkara itu,” katanya, semalam.

Sumber: Sinar Harian | 3 Okt. 2013 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan