Fauziah (kiri) menunjukkan laporan polis dan bil sebenar dicaj terhadap ahli rombongan VVIP itu. |
KOTA BHARU: Peniaga restoran yang didakwa mengenakan caj bayaran mahal
berjumlah RM6,000 kepada ahli rombongan VVIP ketika singgah bersarapan
di kedai itu Sabtu lalu, menafikan laporan media kelmarin.
Sebaliknya, pemilik Restoran Selera Daun Pisang, Fauziah Awang Noh, berkata jumlah rombongan berkenaan yang dilaporkan media, dalam kuantiti 50 orang sebenarnya melebihi 100 dan pihak VVIP itu telah membuat pesanan sebelum singgah di kedai makan berkenaan kira-kira jam 8 pagi.
“Saya amat kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan pihak berkenaan dalam laporan media cetak dan elektronik, dengan menuduh saya meletakkan harga yang mahal terhadap 100 rombongan VVIP dengan caj RM60 untuk seorang adalah tidak benar.
“Harga sebenar ditetapkan RM17 untuk seorang, dengan hidangan nasi putih selain lauk pauk seperti gulai ayam, ayam kampung goreng, gulai itik serati, ikan kering goreng, sayur campur termasuk pelbagai jenis air untuk rombongan itu dan dipersetujui oleh wakil rombongan,” katanya kepada pemberita. Fauziah berkata demikian dalam sidang media khas di restorannya, di sini, semalam.

“Melalui pemerhatian saya pada hari kejadian, jumlah rombongan
bertambah memandangkan mereka datang dalam kumpulan yang berasingan dan
mungkin dalam kapisiti 200 hingga 400 orang kerana ada yang turut
membungkus makanan dan minuman untuk dibawa pulang.
“Semasa tiga wakil rombongan itu datang ke kedai untuk menjelaskan bil makanan dan minuman kira-kira jam 9.30 pagi, mereka terkejut kerana caj bil kesemuanya berjumlah RM6,000.
“Dalam perbincangan melalui telefon, mereka mempersetujui sebarang caj bayaran yang dikenakan mengikut kuantiti rombongan berkenaan namun setelah melakukan perbincangan saya caj mereka dengan RM5,500,” katanya.
Fauziah berkata, akhirnya mereka bersetuju, namun tidak mengambil bil baharu yang dicaj dengan RM 5,500 sebaliknya mengambil bil yang dicaj RM6,000.
“Mungkin caj bil ini nampak mahal, tapi ia berdasarkan kuantiti makanan, minuman dan kapasiti pelanggan yang lebih 200 hingga 400 orang.
“Apa yang saya harapkan dengan penjelasan yang saya lakukan ini dapat membersihkan nama saya dan perniagaan kedai makan ini dan tidak menjadi buah mulut orang selepas ini,” katanya.
Fauziah turut menegaskan, tidak ada langsung niat dari pihaknya untuk mengambil kesempatan terhadap rombongan VVIP terbabit memandangkan sebelum ini terdapat juga rombongan seumpama itu pernah singgah di restorannya.
Dalam pada itu, Fauziah turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di samping mendapatkan nasihat guaman dan tindakan terbabit dilakukan bagi membersihkan semula nama restoran berkenaan yang menurutnya difitnah oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 10 Okt. 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan