SHAH ALAM: Laporan Audit Negara 2012 mendedahkan baki kasut dibeli pada
tahun 2009 oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak diagihkan
sehingga akhir tahun 2012 dan sebanyak 7,659 pasang kasut bernilai
RM602,089 telah rosak serta perlu dilupuskan.
Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata, pengauditan dijalankan pada November dan Disember 2012 mendapati secara umumnya, pengurusan perolehan kasut oleh anggota JKDM adalah kurang memuaskan.
"Kelemahan didapati adalah seperti walaupun peraturan kerajaan menetapkan pakaian seragam (termasuk kasut) hendaklah dibekalkan kepada anggota beruniform sebelum akhir bulan April setiap tahun, namun bekalan kasut tahun 2012 bagi anggota JKDM masih belum diagihkan lagi sehingga bulan November 2012.
"Pada pendapat Audit, pengagihan kasut tahun 2009/2010 untuk anggota JKDM tidak diuruskan dengan teratur dan berhemat kerana sebanyak 7,659 pasang kasut bernilai RM602,089 yang tidak diagihkan mengalami kerosakan atau tidak kukuh untuk dipakai lagi serta perlu dilupuskan," katanya menerusi laporan berkenaan.
Katanya, itu boleh dilakukan dengan menyediakan pangkalan data saiz kasut setiap anggota JKDM supaya dapat mengurangkan tempoh masa mengumpulkan saiz kasut dari setiap JKDM negeri/bahagian.
"Selain itu, perlu dipercepatkan proses penyediaan kertas taklimat tender untuk pertimbangan Lembaga Perolehan (B) Kementerian Kewangan.
"Audit turut mengesyorkan siasatan sama ada pelupusan kasut bernilai RM602,809 yang merugikan kerajaan disebabkan oleh ketidakcekapan dan kecuaian pegawai menguruskan perolehan kasut atau pegawai yang menguruskan pengagihan kasut dan seterusnya mengemukakan laporan berkaitan kepada Jabatan Audit Negara," katanya.

Sumber: Sinar Harian | 3 Okt. 2013 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan