KOTA KINABALU: Sebuah pesawat komersial terhempas di sebuah kampung di Kudat pada Khamis. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd
Affendy Ramin berkata pesawat yang dinaiki 16 orang itu terhempas di
Kampung Sinsan dan menyebabkan dua mangsa cedera parah.
"Panggilan kecemasan diterima pada pukul 2.54 petang dan jentera
bomba bersama 11 anggota tiba di tempat kejadian 21 minit kemudian.
"Kesemua 16 mangsa dalam pesawat tersebut berjaya dikeluarkan dan
dihantar ke Hospital Kudat untuk pemeriksaan," katanya ketika dihubungi
di sini.
Punca kejadian sedang dalam siasatan.Sementara itu, syarikat
penerbangan terbabit belum memberi sebarang komen mengenai insiden itu.
Sumber: BERNAMA | 10 Okt. 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan