![]()  | 
| Kompleks Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Foto ihsan: www.come2kelantan.my | 
KOTA BHARU: Persekitaran yang kotor dan menjijikan 
di sekitar medan selera, restoran dan pasar raya di pusat komersil 
Kubang Kerian yang terletak kira-kira 30 meter daripada Hospital 
Universiti Sains Malaysia (HUSM) telah menyebabkan kawasan tersebut menjadi 
tempat pembiakan tikus.
Populasi tikus terus meningkatkan sejak beberapa tahun dan menyerang 
kawasan hospital dengan memasuki laluan bawah tanah dan sistem kumbahan 
di kompleks hospital unniversiti berkenaan.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Fauzi Mat berkata 
beberapa langkah akan diambil untuk mengatasi masalah tersebut, termasuk
 menghapuskan tempat pembiakan dan sumber tikus berkenaan.
Fauzi berkata MPKB-BRI juga akan menasihatkan pengusaha gerai makananan mengenai cara yang betul untuk membuang sisa makanan. "Sistem pungutan sampah di kawasan berkenaan juga boleh ditambah bagi mengurangkan sampah dan sisa makanan," katanya.
HUSM menjadi tempat pembiakan tikus rumah dan tikus pembentungan 
menyebabkan kira-kira 2,800 kakitangan, pelajar perbuatan, jururawat dan
 pesakit di hospital berkenan berhadapan dengan penyakit leptospirosis 
yang disebabkan oleh air kencing dan air liur tikus.
Bagaimanapun sehingga kini, tiada kes sedemikian dilaporkan di hospital tersebut. Menurut seorang kakitangan hospital tersebut, tikus berkenaan 
berkeliaran di kawasan kafeteria dan bilik makanan turut membuat sarang 
mereka di atas ribuan kaki persegi siling hospital berkenaan.
Ada juga laporan diterima menunjukkan tikus tersebut telah merosakkan
 sistem pendawaian elektrik di tingkat bawah bangunan hospital 
berkenaan. Hospital yang telah dibina pada 1983 di atas kawasan seluas 72.84 hektar di Bandar Baharu Kubang Kerian. Ia merangkumi kampus kesihatan, hospital, jabatan kardiotoraks dan sekolah pergigian. 
Sumber: mStar Online | 8 Okt. 2013 

Tiada ulasan:
Catat Ulasan