Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Rabu, 9 Oktober 2013

KDNK Kelantan tahun lepas 5.4 peratus

KOTA BHARU: Sektor perkhidmatan menjadi penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Kelantan tahun lepas.

Biarpun ia menurun tahun lepas kepada 5.4 peratus berbanding 6.5 peratus tahun 2011, namun statistik Jabatan Perangkaan Malaysia masih meletakkan negeri di kedudukan tinggi.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, sektor perkhidmatan menyumbang lebih 80 peratus KDNK Kelantan kebelakangan ini. Menjawab soalan Azami Md Nor (PAS-Kadok) katanya, kadar KDNK Kelantan pada 2010 sebanyak 4.1 peratus.

Oleh itu beliau berkata, usaha-usaha dilakukan bagi memastikan kadar KDNK tersebut terus dipertahankan termasuk mempergiatkan sektor pelancongan dan pembinaan.

“Pelancongan juga mampu memberi sumbangan besar kepada KDNK Kelantan di samping mengekalkan pencapaian dalam sektor perkhidmatan.

“Melalui pelbagai usaha tersebut diharap kita dapat mempertahankan pencapaian KDNK negeri ini pada tahun-tahun akan datang,” katanya di persidangan Dun hari ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah pula memberitahu jumlah penduduk Kelantan berdasar kepada perangkaan rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2012 ialah 1.639 juta orang. Katanya, daripada jumlah itu seramai 875,532 orang atau 53.42 peratus tinggal di kawasan luar bandar.

“Manakala kepadatan penduduk ialah padar kadar 102 orang bagi setiap satu km persegi,” katanya menjawab soalan Abdul Azziz Kadir (PAS-Jelawat).

Menjawab soalan tambahan Wan Ubaidah Omar (PAS-Kijang) Mohd Amar berkata, berdasarkan kajian dilakukan sebuah syarikat, Kelantan dan Perlis merupakan lokasi terbaik bagi pembangunan industri solar.

Menurutnya berdasar kepada maklumat syarikat berkenaan kadar radiasi solat di Kelantan dan Perlis dianggap terbaik di dunia. “Syarikat terbabit sedang menyiapkan kertas cadangan bagi membangunkan industri berkenaan di kawasan hulu di Kelantan,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Seranta, Datuk Nasuruddin Daud berkata, kadar elaun yang dibayar kepada petugas masjid mukim di negeri ini dianggap sudah memadai. Katanya, imam tua dibayar elaun RM950 sebulan, imam muda (RM800), bilal dan siak masing-masing RM550.

Bagaimanapun ketika menjawab soalan Mohd Huzaimy Che Husin (PAS-Perupok) katanya, sehingga akhir September lalu bilangan kekosongan jawatan imam tua di Kelantan sebanyak 51 dan imam muda (174).

Sumber: Harakah Daily | 8 Okt. 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan