SHAH ALAM: Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan berlaku
penyalahgunaan subsidi baja di Mukim Panggong, Padang Pak Amat, Pasir
Puteh.
Menurut laporan itu, pesawah yang telah menerima bantuan mana-mana agensi Persekutuan tidak layak menerima subsidi kerajaan negeri.
“Sebanyak 313 lot tanah padi yang telah didaftarkan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) Cherang Rotan dan telah mendapat subsidi baja sebanyak 3,988 kampit digunakan sekali lagi untuk memohon subsidi baja kerajaan negeri.
“Permohonan ini dibuat pada 29 Mei 2012 oleh 160 pesawah lain menggunakan 313 lot padi yang sama dan jumlah baja yang telah dibekalkan sebanyak 3,313 kampit yang bernilai RM45,277,” kata laporan itu.
Semakan lanjut Audit mendapati pesawah berkenaan tidak menerima baja tersebut dan mereka tidak pernah mengisi borang permohonan.
“Lawatan Audit ke kawasan berkenaan mendapati perkara ini berlaku kerana borang permohonan diisi sendiri oleh penghulu dengan dibantu oleh beberapa orang penduduk tempatan.
“Sebanyak 14,440 kampit baja padi bernilai RM197,350.50 telah dibekalkan kepada 293 pesawah di Mukim Panggong melalui 12 kali permohonan bermula bulan Disember 2011 hingga Ogos 2012.
“Bagi tempoh yang sama, 73 daripada 293 pesawah tersebut sebenarnya telah meninggal dunia antara tahun 1973 hingga April 2012 tetapi nama mereka termasuk dalam senarai penerima baja subsidi antara 1 hingga 9 kali,” katanya.
Pihak Audit mendapati ada penduduk tempatan yang tidak memohon subsidi baja kerajaan negeri tetapi telah diberi baja antara 10 hingga 30 kampit setiap seorang.
“Hasil temu bual, pihak Audit dimaklumkan bahawa baja berkenaan diberi secara percuma oleh penghulu untuk tanaman sayur-sayuran dan kegunaan di kebun,” katanya.
Ketua Audit Negara berpendapat, skim bantuan tersebut perlu dibekukan sehingga siasatan lanjut dibuat. “Pada pendapat Audit, Skim Bantuan Baja Padi di Mukim Panggong hendaklah dibekukan sehingga siasatan lanjut dibuat terhadap penyalahgunaan subsidi baja,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | 2 Okt. 2013 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan