Makhtar ketika memotong riben perasmian penutup Karnival Pelancongan Kelantan Selatan 2013. |
GUA MUSANG: Kemajuan yang lebih pesat bakal berlaku di bandar ini
apabila Kerajaan Persekutuan membina lebuh raya baharu yang lebih besar
menghubungkan Kota Bharu - Gua Musang dalam tempoh dua tahun lagi.
Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK), Datuk Makhtar Mustapha berkata, kemajuan itu bukan sahaja daripada penyediaan kemudahan asas, sebaliknya tumpuan destinasi pelancongan menarik.
Menurutnya, bandar ini mempunyai banyak tempat boleh dilawati yang boleh menarik pelancong termasuk kolam air panas, banjaran gua batu kapur dan kawasan bersejarah di zaman perang.
Makhtar berkata, peruntukkan besar bagi pembinaan lebuh raya itu juga sudah diluluskan Kerajaan Persekutuan yang turut menghubungkan laluan dengan jalan Kuala Lipis yang dalam pembinaan sekarang.
“Pakej pertama pembinaan jalan itu juga sudah bermula di Kota Bharu ke Kadok sejauh 12 kilometer membabitkan perbelanjaan RM200 juta dan pakej seterusnya sehingga ke Gua Musang akan disambung selepas itu.
“Pembangunan di bandar ini yang dijangka akan lebih pesat kerana ia juga turut membina beberapa jalan lingkaran untuk kemudahan pengguna,” katanya selepas Perasmian Penutup Karnival Pelancongan Kelantan Selatan 2013 di Taman Etnobotani, dekat sini, baru-baru ini.
Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Dr Junaida Lee Abdullah dan Adun Galas, Ab Aziz Yusof.
Beliau berkata, kemajuan yang bakal dinikmati rakyat itu hasil usaha pemimpin tempatan di Kelantan termasuk Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.
Beliau mengakui bandar ini sudah banyak berubah kemajuannya kerana Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) sebuah agensi Kerajaan Pusat terbesar di Kelantan memainkan peranan yang besar dalam melakukan perubahan itu.
“Tengoklah dalam tempoh dua tahun akan datang suasana kemajuannya akan lebih pesat dan membangun sebagaimana jalan lingkaran yang dibina di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Kota Bharu,” katanya.
Katanya, kerajaan yakin cita-cita rakyat Kelantan untuk menikmati kemudahan jalan raya yang selesa dan sempurna itu akan tercapai sebagaimana yang dijanjikan pihak itu sebelum ini demi untuk membawa perubahan keseluruhannya.
“Kita juga sebelum ini berjanji untuk membuka laluan kedua Jambatan Sultan Yahya Petra yang siap dibina itu dan kita tunainya menjelang Hari Raya Aidiladha untuk memberi keselesaan kepada pengguna,” katanya kepada Sinar Harian.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 19 Okt. 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan