![]()  | 
| Walaupun tidak sependapat dengan ADUN Pas di dewan, namun Nozula (kanan) tetap ceria ketika menyapa Zaki Ibrahim (Pas - Kelaboran) ketika sidang berhenti rehat jam 1 petang. | 
 KOTA BHARU: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Belanjawan yang masuk hari kedua semalam, 
tegang apabila berlaku perang mulut antara Ketua Pembangkang, Datuk 
Nozula Mat Diah dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ketika membangkitkan beberapa isu 
khususnya melibatkan hak rakyat.
 Ketegangan tercetus ketika Nozula mengeluarkan kenyataan Melayu kini 
diambang maut dan menggesa agar dihentikan perbalahan sesama Islam 
sebelum sesi perbahasan dicelah Datuk Che Abdullah Mat Nawi (Pas- Wakaf 
Bharu).
 Che Abdullah bertanya sama ada Nozula ingin menarik balik kenyataan 
‘Melayu kini diambang maut’ atau sebaliknya, sebelum ditekankan dengan 
perkataan ‘diambang’ beberapa kali oleh ADUN Paloh itu.
 “Nak tanya Yang Berhormat (YB) Paloh, tok se (tak nak) tarik ke 
kenyataan tadi bahawa Melayu diambang maut, 60 tahun Umno memerintah 
tiba-tiba Melayu diambang maut.
“Diambang..kalau kita berbalah begini, sememangnya akan mampus, sekarang ambo (saya) kata di ambang, kerana perbalahan kita, sebelum terlambat, sebelum menjadi hancur, mampus, kita perlu berbaik- baik menyatupadukan Melayu untuk menjadikan ia sebagai kekuatan Melayu,” katanya.
Suasana tegang yang berlaku sekitar lima minit itu turut mengundang ketawa media, pemerhati dan orang ramai yang mengikuti sesi perbahasan tersebut.

Sumber: Sinar Harian | 9 Okt. 2013

Tiada ulasan:
Catat Ulasan