Sunarko menunjukkan kawasan bom terbabit dijumpai. |
KOTA BHARU: Penduduk sekitar kawasan Kampung Semut Api di sini, gempar
selepas menemui objek, merupakan sebutir bom dipercayai ditinggalkan di
kawasan itu sejak peninggalan zaman Jepun.
Objek itu yang menyerupai botol kicap, ditemui di kawasan pembinaan sejak seminggu lalu namun pada mulanya penduduk tidak menyangka ia adalah bom dan membiarkannya sahaja.
Seorang buruh binaan, Sunarko Sandi, 41, berkata, hampir seminggu objek itu ditemui namun ada yang menyangka ia botol dan barang mainan.
“Namun saya rasa tidak sedap hati kerana objek tersebut berat dan mempunyai ciri seperti bom, atas sebab keselamatan kami laporkan kepada polis untuk tindakan susulan.
“Ia penemuan pertama bahan letupan ini sepanjang 25 tahun saya bekerja di Malaysia dan sejak saya memulakan tugas menyiapkan projek perumahan di kawasan ini seminggu lalu,” katanya kepada pemberita.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, selepas menerima laporan mengenai penemuan objek tersebut pagi kelmarin, pegawai dan anggota terus diarahkan ke tempat kejadian.
Dalam operasi itu, Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, diketuai Asisten Superintendan Che Engku Zainuddin Engku Chik bersama Inspektor Wan Zulizi dan dua anggota ke lokasi kejadian dan mengesahkan objek tersebut adalah bom.
“Operasi memusnahkan bom ini dilakukan di Pantai Semut Api, tanpa mengakibatkan sebarang kemusnahan harta benda dan kemalangan jiwa," katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 7 Okt. 2013 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan