SETIAP tahun apabila laporan audit mengenai perbelanjaan kerajaan
didedahkan kepada umum, cerita yang sama berulang kembali. Ceritanya
tidak lain mengenai pembaziran, ketirisan, perbelanjaan tidak munasabah
dengan membeli barang ikut harga sesuka hati dan penyelewengan
seolah-olah wang perbendaharaan negara yang dibelanjakan itu adalah
warisan daripada nenek moyang mereka.
Sebagaimana tahun lalu dan tahun-tahun sebelumnya, kali ini juga beberapa cerita pelik mengenai perbelanjaan wang negara yang dilakukan oleh kementerian dan agensi kerajaan terdedah lagi. Walaupun ia disiarkan secara meluas dan diperkatakan oleh rakyat, pimpinan kerajaan nampaknya tidak terasa apa-apa dan langsung tidak berasa malu dengannya.
Mana-mana menteri yang mahu menjawab apa yang didedahkan itu, mereka akan menjawabnya tetapi jawapan yang diberi langsung tidak menampakkan rasa bersalah dan seolah-olah melakukan pembaziran, menaikkan harga barang yang dibeli secara melampau, menyeleweng dan tidak beretika dalam berbelanja adalah perkara biasa sahaja.
Namun ramai juga menteri yang tidak mahu menjawab apa yang didedahkan, sebaliknya hanya buat bodoh saja dan seperti tidak melakukan apa-apa salah dan dosa kepada rakyat atau atas amanah yang diberikan kepada mereka dan mengharapkan beberapa hari selepas itu, rakyat akan lupa dan tidak lagi bercakap mengenainya.
Tahun ini, antara perkara pelik yang terus berlaku dalam kerajaan sebagaimana yang didedahkan melalui laporan audit ialah makanan luput tarikh tersadai di stor Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), kehilangan 44 pistol, 156 gari dan 29 kereta polis, perbelanjaan RM320 ribu oleh Kementerian Kesihatan untuk menguruskan laman sosial Facebook dan Twitter, kerugian RM38 ribu untuk iklan yang menggelarkan perokok bodoh dan akhirnya diputuskan tidak sesuai digunakan, GLC rugi tapi dapat bonus, jam berharga RM100 tapi dibeli dengan harga RM3810.00, bayaran RM1.6 juta untuk artis K-Pop yang sebelum ini dihebohkan dibayar oleh penaja, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat diberi kepada orang yang sudah mati dan pelbagai lagi.
Jika mahu ditulis satu persatu benda-benda pelik yang berlaku ini, mungkin ada yang sakit jantung dibuatnya kerana tentunya tidak terfikir sama sekali negara seperti Malaysia yang sedang menuju negara maju pada tahun 2020 tetapi Muhyiddin pula berkata status negara mahu boleh dicapai lebih awal dari itu iaitu pada 2018 dan majoritinya pula beragama Islam serta kenal dosa dan pahala, tetapi malangnya perlakuan dalam mengurus kerajaannya langsung tidak beretika dan mungkin lebih buruk daripada sesetengah negara di Afrika.
Saban tahun, rakyat hanya menerima cerita-cerita laporan audit ini tidak lebih sebagai cerita penglipur lara semata-mata dan kemudian dilupakan begitu saja. Tiada yang rasa bersalah atau mahu mengambil tanggungjawab daripadanya. Tahun depan cerita yang sama akan muncul kembali lagi. Begitulah putarannya.
Dalam kes pistol yang hilang, jawapan Ketua Polis Negara bahawa ia tidak jatuh ke tangan penjenayah dan mungkin hilang atau jatuh di laut, amat sukar diterima. Hal ini kerana bukannya sepucuk dua yang hilang, tapi sehingga 44 pucuk dan gari pula 156. Ternampak jawapan yang diberi lebih kepada andaian dan kebarangkalian saja tanpa ada rasa pertanggungjawaban.
Begitu juga dalam kes bayaran kepada artis K-Pop sebanyak RM1.6 juta, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin atas dasar pertanggungjawaban bersama menjelaskan bahawa bayaran itu dibuat kerana syarikat penaja yang berjanji sebelum ini tidak menunaikan janjinya, lalu kerajaan melunaskannya. Amboi, senangnya sebuah kementerian dan sebuah kerajaan kena kencing?
Manakala Menteri Belia dan Sukan terdahulu, Shabery Cheek masih membisu, jawapan KJ (Khairy Jamaluddin) pula begitu mudah dan santai, bagaikan pembaziran sebanyak itu dengan tiada faedah di segi moral daripada kedatangan artis Korea itu bukanlah perkara besar bagi kerajaan.
Moral daripada semua ini ialah selagi laporan audit ini tidak disusuli dengan tindakan undang-undang atau pengukuatkuasaan, selagi itulah ia akan terus berlarutan. Hanya sekiranya sebarang penyelewengan dan salah laku dalam laporan ini dapat diambil tindakan yang sewajarnya, barulah kita boleh mengharapkan perkara-perkara pelik ini tidak berlaku lagi.
Sebab itu, desakan pihak pembangkang ke arah itu sewajarnya disambut baik oleh Najib jika beliau masih ingat dan berpegang pada janji mahu berubah yang pernah dilafazkannya sebelum ini. Laporan audit ini secara langsung juga menelanjangkan kelemahan pengurusan dan kerajaan yang sedang dipimpinnya.
Sementara rakyat terus dibebankan dengan kos hidup yang tinggi, disaran mengubah gaya hidup, diminta menerima pengurangan subsidi dengan hati terbuka tetapi dalam masa yang sama, rakyat juga didedahkan bukan saja dengan kemewahan dan keborosan pemimpin tetapi juga sikap dan perangai yang tidak mahu berubah dalam berbelanja menggunakan wang rakyat, menggambarkan suatu kontradiksi sedang berlaku dalam kerajaan Najib ini.
Janji untuk berubah terbukti tidak lebih hanya sandiwara sebelum pilihanraya atau umpama kata-kata manis sang penggoda sebelum apa yang dihajati jatuh ke riba. Dalam hal ini, semakin benarlah tanggapan banyak pihak sebelum ini bahawa perubahan yang sebenar, terutama dalam tata kelola dan pengurusan kerajaan yang telus hanya dapat dirasai jika BN kalah pilihanraya dan berlakunya kerajaan yang boleh bertukar ganti.
Selagi tidak, setebal mana pun laporan audit tetapi ketirisan, pembaziran dan penyelewengan dalam perbelanjaan kerajaan akan terus berlaku saban tahun.

Sumber: Sinar Harian | 3 Okt. 2013 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan