![]()  | 
| Yahya Mamat (tiga dari kiri) melihat kerja-kerja terakhir menyiapkan laluan tambahan Jambatan Sultan Yahya Petra di Kota Bharu, Kelantan yang akan dibuka kepada orang ramai Ahad ini. | 
KOTA BHARU: Jambatan Sultan Yahya Petra 
kedua di sini akan dapat digunakan sepenuhnya dengan pembukaan lorong 
kedua pada Ahad ini (13 Oktober 2013).
Pembukaan lorong berkenaan akan disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Pembinaan jambatan menelan kos sebanyak RM180 juta itu siap lebih 
awal daripada perancangan yang dijangka dapat digunakan selepas Hari 
Raya Aidiladha nanti.
Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri 
Kelantan, Yahya Mamat berkata, dengan pembukaan lorong berkenaan, aliran
 trafik bagi pengguna khususnya dari Kota Bharu ke Pasir Pekan, Tumpat 
akan bergerak lancar.
Menurutnya, ia akan memberi lebih keselesaan kepada pengguna setelah satu lorong telah dibuka sebelum ini. "Tahniah kepada agensi pelaksana yang telah banyak membantu 
menyiapkan projek ini lebih awal daripada perancangan sebenar," katanya 
ketika ditemui semasa melawat projek pembinaan jambatan itu di sini hari
 ini.
Katanya, masalah kesesakan yang sering berlaku terutama pada waktu puncak akan berakhir dengan pembukaan lorong kedua itu nanti.
"Saya berharap dengan pembukaan lorong ini, masalah kesesakan dapat 
diatasi dan pengguna akan dapat menikmati perjalanan yang lebih lancar,"
 katanya.
Sumber: Utusan Malaysia | Edisi Timur | 10 Okt. 2013 

Tiada ulasan:
Catat Ulasan