KOTA BHARU: Kerajaan Pusat telah mengeluarkan tender bagi fasa pertama
pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai, kata Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (gambar).
Mustapa, yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan berharap pembinaan fasa pertama dari Pasir Hor ke Kadok di sini, sejauh 7 kilometer melibatkan kos kira-kira RM200 juta, dapat dimulakan tahun depan.
"Kita berharap tender berkenaan dapat diputuskan oleh Kementerian Kewangan pada Disember ini, dan pembinaan dapat bermula selepas itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan laluan Kota Bharu ke Pasir Pekan, Tumpat bagi Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra di sini hari ini.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan itu berkata, pembinaan lebuh raya itu adalah janji Barisan Nasional (BN) dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 dan meskipun BN tidak berjaya memerintah negeri ini, pembinaan projek berkenaan tetap dilaksana bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.
Beliau juga berkata, pembukaan laluan kedua dari Kota Bharu ke Pasir Pekan bagi Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra bakal melancarkan aliran trafik setelah laluan pertama dari Pasir Pekan ke Kota Bharu dibuka Februari lepas.
Mustapa yakin masalah kesesakan di jambatan berkenaan, terutama pada waktu puncak, akan berakhir dengan pembukaan laluan kedua itu.
"Setiap laluan mempunyai dua lorong, bermakna kita sudah ada empat lorong manakala jambatan lama pula ada dua lorong, ini menjadikan keseluruhan jambatan berkenaan mempunyai enam lorong," katanya. Kos pembinaan jambatan kedua yang merentangi Sungai Kelantan itu ialah RM180 juta.

Sumber: BERNAMA | 13 Okt. 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan