Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Rabu, 9 Oktober 2013

Boeing, Jetstar serah 787 Dreamliner pertama

Boeing 787 Dreamliner
SINGAPURA: Boeing dan Jetstar Airways meraikan penghantaran pertama pesawat 787 hari ini, yang juga merupakan Dreamliner pertama bagi Australia.
  
"Hari ini merupakan peristiwa bersejarah bagi Kumpulan Qantas dan Jetstar ketika kita menyambut pesawat penumpang yang paling maju yang pernah dibangunkan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Qantas Alan Joyce.
  
"Dalam tempoh 10 tahun, Jetstar telah berkembang menjadi syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia Pasifik, membawa lebih daripada 100 juta penumpang. Pesawat 787 akan menyediakan syarikat penerbangan itu untuk melalui pertumbuhan satu dekad lagi," katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Boeing dari Everett, Washington.
  
Jetstar 787 Dreamliner berlepas pagi Isnin dari Everett Boeing, Washington, menuju Melbourne, yang disambut oleh pekerja syarikat penerbangan dan tetamu khas.
 
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Pesawat Komersil Boeing, Ray Conner berkata: "Kami berbangga untuk menyerahkan 787 Dreamliner kepada rakan kami di Jetstar.
  
"Pesawat 787 dengan kecekapan bahan api yang tiada tandingannya akan memberi Jetstar kelebihan dalam pasaran dan penumpang akan melalui pengalaman dalam penerbangan yang hebat."
  
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Jetstar Jayne Hrdlicka berkata pelanggan Jetstar berpeluang terbang dalam kabin yang lebih besar dan lebih luas, hiburan dalam penerbangan dan tiba di destinasi dalam keadaan lebih segar, kesemuanya hasil ketinggian kabin bagi mengurangkan kesan gangguan ritma harian. "Seluruh pasukan Jetstar teruja melihat 787 terbang di ruang udara Australia," kata Jayne.
  
Pesawat 787 dengan reka bentuk masa hadapan untuk keselesaan penumpang, menawarkan ciri-ciri menarik seperti tingkap yang besar dan elektrik boleh malap, lampu LED moden, kelembapan lebih tinggi, udara bersih dan perjalanan yang lancar, penjimatan 20 peratus bahan api serta 20 peratus kurang pelepasan berbanding kapal terbang yang sama saiz.
  
Jetstar, jenama kos rendah Kumpulan Qantas, merancang memperkenal 787 Dreamliner pertama di laluan domestik dan kemudiannya di rangkaian antarabangsa.
  
Syarikat penerbangan itu menempah 14 pesawat 787 Dreamliner dan menjangkakan dapat menggunakan kesemua pesawat berkenaan untuk perjalanan jarak jauh pada 2015. 

Sumber: BERNAMA | 8 Okt. 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan