KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan digesa memajukan Kelantan
Selatan, iaitu Gua Musang berperingkat-peringkat memandangkan
kedudukannya yang begitu strategik antara Kuala Lumpur, Kota Bharu atau
Ipoh.
Zulkifli Mamat (PAS-Pulai Chondong) (gambar) berkata walaupun memerlukan tempoh yang agak panjang untuk memajukannya, khususnya dari segi pembangunan, namun Kelantan perlu memajukan kawasan itu, khususnya mengenai infrastruktur.
Beliau berkata demikian ketika mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2014 dalam sidang Dun Kelantan penggal ke-13, semalam. Katanya, kerajaan negeri perlu menyediakan kemudahan jalan yang lebih baik kerana jarak satu kampung ke satu kampung atau daerah agak jauh.
“Bagi menjayakan hasrat ini, kerajaan negeri perlu berunding dengan kerajaan Pusat agar jalan-jalan raya yang lebih baik dapat diadakan untuk kesejahteraan rakyat,” ujarnya.
Jelasnya, kerajaan Kelantan dan Persekutuan perlu duduk bersama untuk berbincang demi untuk kepentingan rakyat. “Dendam membara sejak 23 tahun lalu sewajarnya dihapuskan demi untuk kepentingan rakyat.
“Saya menyokong cadangan wakil BN dalam DUN ini, ADUN Kuala Balah yang berkata pihaknya akan berbaik dengan kerajaan negeri. Kita harap semua wakil BN dalam dewan ini sebagai jambatannya,” ujarnya lagi.
Pada masa yang sama beliau mengingatkan Umno Kelantan menghentikan sebarang cubaan yang tidak baik terhadap kerajaan Kelantan. Tegasnya, pendaratan gas ke Kelantan sewajarnya tidak lagi ditangguh, begitu juga pembinaan lebuh raya yang menghubungkan Kota Bharu - Kuala Krai yang masih tertunda pembinaannya.
Sementara itu Roslan Putih (PKR-Guchil), menggesa kerajaan Kelantan supaya mempertingkatkan kualiti air khususnya di kawasan perkampungan. Menurutnya, masaalah kualiti air dan putus bekalan air adalah dua perkara yang berbeza dan perlu diberi perhatian segera.
“Kita tidak mahu tindakan sebegini yang sering berlaku akan membuatkan rakyat memandang buruk pada kerajaan negeri. “Kerajaan perlu cari jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masaalah ini,” ujarnya.

Sumber: Harakah Daily | 9 Okt. 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan