Tikus menjadi hidangan penduduk di Hunan, China. |
HUNAN (CHINA): Seekor tikus gergasi seberat lebih lima kilogram ditangkap petani Cina di Shaoyang, Hunan, China.
Tikus seberat 10 kali ganda daripada tikus biasa itu pertama kali dikesan selepas memakan ikan seberat tiga kilogram dari sebuah kolam di kampung Shaoyang yang selama ini mengganggu ketenteraman penduduk kampung.
Menurut media tempatan, selepas dibunuh petani menghadapi kesukaran untuk menyiangnya kerana kulit dan tulang yang tebal. "Dua bilah pisau patah semasa mereka cuba memasaknya," menurut laporan itu kepada Daily Mail.
Tikus merupakan makanan tradisional di Guangdong, selatan China dan dipercayai tiga kali lebih berkhasiat berbanding ayam.

Sumber: Sinar Harian | Global | 3 Okt. 2013 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan