Gambar sekadar hiasan. |
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan bercadang mewujudkan lebih banyak projek
perumahan seperti apartmen dan kondominium sebagai pilihan untuk rakyat
negeri itu yang kini lebih berkemampuan memiliki rumah sendiri.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, projek terbaharu yang dibina di atas Lot 17, Seksyen 16 Jalan Hamzah, seluas 0.376 hektar di sini diyakini mampu meningkatkan taraf hidup penduduk negeri ini.
"Rakyat negeri ini dilihat berkemampuan untuk memiliki kondominium tersebut kerana mereka kini lebih berminat untuk memilikinya berbanding dahulu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Bersama Di Antara Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Ken Property Sdn Bhd, di sini hari ini.
Beliau berkata, kondominium mewah itu akan dibangunkan oleh Ken Property Sdn Bhd (KPSB), anak syarikat Ken Holding Berhad dengan kerjasama PKINK. Beliau berkata projek dengan anggaran kos sebanyak RM48 juta terdiri daripada bangunan 21 tingkat dengan 165 unit dan dijangka siap dalam tempoh enam tahun.
Ahmad berkata, projek yang dibiayai sepenuhnya oleh KPSB di tanah milik PKINK itu nanti akan dilengkapi pejabat pengurusan, surau, dewan masyarakat, tadika,gym, kolam renang dan permainan kanak.
Katanya, selain itu kerajaan negeri turut menyediakan rumah mampu milik untuk rakyat negeri ini di Kampung Tanah Puteh, Gua Musang. "Projek tersebut dijangka siap dalam masa lima tahun dengan kos pembinaan kira-kira RM450,000 untuk 5,000 unit," katanya.

Sumber: BERNAMA | 7 Okt. 2013 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan