Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Jumaat, 4 Oktober 2013

Tasik bijih: Kelantan akan ambil tindakan

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan tidak teragak-agak akan mengambil sebarang tindakan tegas terhadap pihak bertanggungjawab sehingga menyebabkan berlakunya tasik bijih di kawasan lebih 40 hektar kebun getah milik penduduk di Lubok Setol, Rantau Panjang.

Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob (gambar) berkata, bagi menyelesaikan perkara itu, pihaknya telah mengarahkan PTG supaya membuat semakan segera berhubung perkara itu. Beliau berkata demikian kepada media di sini, kelmarin.

Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kejadian hampir 50 petani dan pemilik tanah di kawaan tersebut hilang punca pendapatan berikutan kejadian banjir lumpur bijih.

Mereka mendakwa ianya berpunca daripada limpahan air dari tapak melombong bijih sebagaimana yang disiarkan oleh sebuah akhbar harian.

Jelas Ahmad lagi, kerajaan negeri telah mengambil tindakan serta merta dengan meminta PTG membuat semakan terhadap apa yang berlaku di Lubuk Setol.

“Memang kita boleh bekukan dari memberi kebenaran melombong buat sementara, bagaimanapun kita siasat dulu perkara itu secara terperinci dan kita harap PTG menyiasat seberapa segera,” ujarnya.

Beliau seterusnya memberitahu, sekiranya syarikat berkenaan didapati punca berlakunya banjir bijih sebagaimana yang dimaksudkan, tindakan akan diambil ke atasnya.

“Ini kerana ianya telah menjejaskan penduduk sekitar bahkan mereka mengalami pelbagai masalah terutama terjejas dari pendapatan apabila tidak lagi mampu mencari rezeki di kebun getah masing-masing,” ujarnya.

Sumber: Harakah Daily | 4 Okt. 2013 |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan