Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Isnin, 7 Oktober 2013

Jenayah ragut di Kota Bharu berkurangan

KOTA BHARU: Pelaksanaan Ops Cantas Khas sejak dua bulan lalu berjaya mengurangkan jenayah ragut di daerah ini apabila hanya satu kes dilaporkan dalam tempoh tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, susulan perkembangan itu, pihaknya turut melancarkan Ops Sayang bermula Selasa lalu bagi mengurangkan lagi jenayah di daerah ini.

"Kita yakin kes jenayah dapat dikurangkan ekoran operasi dijalankan termasuk Ops Cantas Khas dan melalui Ops Sayang di lapan lokasi terpilih.

"Melalui Ops Sayang, lima anggota wanita akan ditempatkan di setiap lokasi dari pagi sehingga petang dengan membuat rondaan secara berjalan kaki.

"Anggota kita akan melawat dan bertemu peniaga untuk menasihat dan memberi tips kepada golongan itu untuk mengelak menjadi mangsa jenayah serta mendengar masalah dan aduan mereka," katanya ketika menyertai Ops Sayang yang diadakan di Pasar Siti Khatijah di sini hari ini.

Azham sehubungan itu mengharapkan, operasi yang dijalankan tersebut dapat memastikan orang ramai dalam keadaan selamat dan jika terdapat sebarang masalah anggota dan pegawai polis akan terus menghulurkan bantuan dengan segera.

Sumber: Utusan Malaysia | Edisi Timur | 4 Okt. 2013 |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan