Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 3 Oktober 2013

Kerajaan Kelantan akan warta kawasan penempatan Orang Asli

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan mewartakan kawasan seluas 1,464.88 hektar di Sungai Rual, Jeli dan 577.26 hektar di Mukim Nenggiri, Bertam di Gua Musang, sebagai penempatan masyarakat Orang Asli.

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakub berkata perwartaan kawasan tersebut yang dilakukan mengikut Seksyen 62 Kanun Tanah Negara 1965 sebagai keprihatinan kerajaan negeri terhadap hak masyarakat tersebut.

Kerajaan negeri akan menyerahkan kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) untuk membangun dan menyediakan infrastruktur terbaik bagi kemudahan Orang Asli di kawasan penempatan tersebut, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kompleks Kota Darul Naim di sini, Rabu.

Sementara itu, ditanya teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara mengenai Ladang Tapis Sdn Bhd (LTSB), anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang membayar bonus sehingga 11.5 bulan gaji pada 2011 walaupun mencatatkan kerugian, Ahmad berkata siasatan akan dilakukan terhadap LTSB.

Sumber: BERNAMA | 2 Okt. 2013 |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan