KOTA BHARU: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) memberi jaminan
bekalan air mencukupi untuk musim kedua penanaman padi di bawah seliaan
agensi tersebut meliputi kawasan seluas 29,450 hektar di negeri ini.
Pengerusi KADA, Datuk Md Alwi Che Ahmad (gambar) berkata agensi tersebut kerugian kira-kira RM300 juta pada tahun lepas dan musim pertama tahun ini berikutan kegagalan Rumah Pam Kada di Kemubu, Ketereh di sini, mengepam air ekoran paras air Sungai Kelantan yang rendah.
"Kita berjaya menangani masalah di rumah pam lama itu selepas usaha untuk menaikkan paras air lebih daripada 3.5 meter berjaya dilakukan dan pam mampu berfungsi semula dengan baik.
"Selain itu, rumah pam baharu di kawasan sama juga dijangka dapat berfungsi pada awal Disember selepas projek empangan rendah yang dibina dengan kos RM2 juta di kawasan Sungai Kelantan bagi menaikkan paras air ke 4.5 meter disiapkan," katanya kepada pemberita di Pejabat KADA di Lundang di sini, hari ini.
Md Alwi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas berkata petani terbabit mula mempersiapkan sawah masing-masing untuk musim penanaman kedua pada tahun ini, yang bermula 1 Okt lepas.
"Kita mampu memperoleh RM100 juta pada satu musim penanaman padi dan dalam setahun ada dua musim penanaman padi.
"Berikutan kegagalan rumah pam menyedut air dari Sungai Kelantan yang semakin cetek menyebabkan petani gagal untuk menanam padi... ada yang mula berputus asa dan menjual sawah mereka," katanya.
Justeru, katanya petani kini tidak perlu risau dengan masalah kekurangan air tersebut kerana ia telah berjaya diatasi dan KADA akan berusaha memastikan masalah tersebut tidak berulang.

Sumber: BERNAMA | 8 Okt. 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan