Keratan akhbar Sinar Harian, semalam. |
KOTA BHARU: Aktiviti melombong bijih dekat sini, sepatutnya dihentikan
namun, sehingga kini kegiatannya dilihat masih berterusan biarpun notis
pemberhentian sementara dikeluarkan Februari lalu.
Pemegang lesen lombong, Datuk Razali Daud berkata, konsesi melombong bijih di tanah seluas 17.6 hektar itu diberikan kepada beberapa kontraktor bermula 2008 hingga 2015 depan.
Namun, katanya, salah satu kontraktor terbabit tidak membina sistem perparitan sempurna hingga menyebabkan air lumpur bijih mengalir ke kebun dan ladang penduduk.
“Biarpun saya adalah pemegang lesen melombong, namun tanggungjawab menyelia kawasan lombong adalah di bawah seliaan pihak berkenaan.
“Notis juga dihantar kepada kontraktor terbabit pada 19 Februari lalu, agar memberhentikan kerja melombong dan menyelesaikan masalah dalam tempoh tujuh hari.
“Namun, keingkaran mematuhi notis, menyebabkan usaha pemulihan tanah tidak dapat dilakukan serta-merta,” katanya.
Razali berkata, masalah itu berlanjutan sehingga tiga tahun dan dipercayai berpunca daripada lemahnya penguatkuasaan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).
Beliau, yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Sentosa berkata, pihaknya sudah mengadukan masalah itu kepada Jabatan Alam Sekitar (Jas), Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Jabatan Mineral dan Geosains serta polis namun, tiada tindakan lanjut diambil.
“Sistem perparitan yang sempurna dan penyelenggaraan kolam hampas bijih perlu dilakukan secara berkala, agar air lumpur bijih tidak mengalir ke kawasan kebun.
“Saya sudah melawat ladang penduduk dan saya amat kecewa dengan kejadian yang berlaku. Saya akan mengadakan perbincangan dengan pemilik tanah, petani dan penduduk dalam tempoh terdekat,” katanya.
Beliau turut berharap agar PBT dan kerajaan negeri dapat bertindak lebih tegas dan menyenaraihitamkan kontraktor yang melanggar undang-undang.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar Kelantan, Muhibah Selamat berkata, pihaknya akan melawat lombong berkenaan dalam masa terdekat.
Kerajaan negeri ambil tindakan tegas
Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pihak bertanggungjawab sehingga menyebabkan wujudnya tasik bijih di kawasan lebih 40 hektar kebun getah milik penduduk di Lubok Setol, Rantau Panjang.
Menurutnya, pihaknya memandang serius perkara itu dan mengeluarkan arahan ke PTG supaya membuat semakan segera rungutan yang dibuat penduduk dan pemilik kebun getah berkenaan.
“Kerajaan negeri mengambil tindakan serta-merta hari ini, dengan meminta PTG membuat semakan dan siasatan terhadap salah laku atau apa-apa yang berlaku di Lubuk Setol, Rantau Panjang.
“Kita boleh bekukan buat sementara, dan kita buat ‘remedi’ cara-cara perlombongan supaya tidak menjejaskan hak orang lain,” katanya selepas Mesyuarat Exco di sini, semalam.
Ahmad berkata demikian sebagai mengulas laporan Sinar Harian semalam, berhubung kawasan kebun getah yang kini didakwa menjadi tasik bijih dipercayai akibat air lumpur dan bijih memenuhi kawasan kebun getah berkenaan sejak tiga tahun lalu.
Ahmad, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi dan Kewangan berkata, sekiranya didapati pihak terlibat melanggar peraturan melombong, tindakan akan diambil apabila ia menjejaskan pendapatan orang awam.
Semalam, Sinar Harian melaporkan, hampir 50 petani dan pemilik tanah di kawasan berkenaan hilang punca pendapatan berikutan kejadian banjir lumpur bijih yang didakwa berpunca daripada limpahan air dari tapak melombong bijih.
Penduduk mendakwa, pihak terlibat menggunakan jumlah air yang banyak di kawasan lombong tetapi, lebihan air tidak mengalir ke kawasan tadahan sebaliknya ke kebun penduduk.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 3 Okt. 2013 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan