KUALA LUMPUR: Projek Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai (Lebuh Raya KBKK) dijangka dapat digerakkan semula pada awal tahun 2014 dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.
Menurut Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan, projek lebuh raya sepanjang 73 kilometer (km) itu akan dilaksanakan melalui dua fasa, iaitu satu fasa oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan satu lagi fasa oleh Kerajaan Persekutuan.
Kerajaan Negeri Kelantan melalui sebuah syarikat yang beroperasi di
Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) akan membinanya dari Machang ke Kuala Krai dengan anggaran kos
sebanyak RM669 juta. Jajaran dari Machang ke Kuala Krai sepanjang 43km ini akan bersambung dengan Lebuh Raya Kuala Krai - Gua Musang.
Manakala Kerajaan Persekutuan pula telah bersetuju untuk membina lebuh
raya yang sama dari Kota Bharu ke Machang melalui Majlis Pembangunan
Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC). Jajaran dari Kota Bharu ke Machang sepanjang 30km akan bermula dari Pasir Hor dekat Bandar Baharu Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.
Tender projek lebuh raya ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia pada awal bulan Mei 2013 lepas dan projek ini juga dijangka bermula pada awal tahun depan.
Mohd Amar berkata, cadangan projek Lebuh Raya KBKK ini
telah dicadangkan oleh Kerajaan Persekutuan dalam Rancangan Malaysia
Kelima pada tahun 1986 tetapi tidak dilaksanakan.
Kemudian pada 2006 projek tersebut sekali lagi disenaraikan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan namun dibatalkan tanpa alasan yang munasabah walaupun peruntukan sudah disediakan.
Akhirnya pada 2011 projek ini telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Kelantan melalui Mesyuarat Exco dan upacara pecah tanah telah dilakukan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 28 Mei 2012 di Machang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan