Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Isnin, 7 Oktober 2013

Peluang pekerjaan graduan KIST terbuka luas

Sebahagian daripada graduan meraikan kejayaan dalam Majlis Istiadat Konvokesyen Kolej Islam Sains dan Teknologi Kali Ke-6 di Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kelantan di Kota Bharu, kelmarin.
KOTA BHARU: Peluang pekerjaan bagi graduan Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) dalam perkhidmatan kesihatan terbuka luas sama ada di sektor awam atau swasta memandangkan pembangunan hospital yang semakin bertambah.

Presiden KIST, Muhammad Zamly Abdullah berkata, setakat ini hampir 100 peratus graduan KIST mendapat peluang pekerjaan terutamanya dalam bidang kejururawatan.

"Peluang terbuka luas kerana kerajaan telah menyediakan sehingga 2,300 kekosongan untuk diisi oleh graduan daripada kolej swasta," katanya kepada pemberita selepas Majlis Istiadat Konvokesyen KIST Kali Ke-6 di Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kelantan di sini semalam.

Penyampaian sijil dan diploma kepada graduan KIST itu turut disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Penasihatnya, Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Dalam majlis tersebut, seramai 1,700 graduan KIST daripada Kampus Kelantan dan Terengganu menerima diploma masing-masing. Muhammad Zamly berkata, tiada apa yang dapat membezakan graduan dari kolej swasta mahupun kerajaan kerana yang lebih penting adalah kualiti.

"Apa yang dapat dibezakan ialah kualiti kerana piawaian jururawat dari kolej swasta juga perlu menduduki dan lulus peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia," katanya. Katanya, keupayaan graduan KIST diakui dan terbukti kerana mereka mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan.

"Sebahagian daripada mereka memperoleh pekerjaan yang sesuai sejurus menamatkan pengajian walaupun belum menerima diploma pada hari konvokesyen," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia | Edisi Timur | 6 Okt. 2013 |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan