Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Jumaat, 11 Oktober 2013

Warga Terengganu boleh ambil penerbangan terus ke P. Pinang, JB, dan KK dari KB

WARGA Terengganu Darul Iman (TDI) terutamanya penduduk Besut, Setiu, Kuala Nerus, dan Kuala Terengganu di sebelah utara negeri Terengganu yang ingin ke Pulau Pinang, Johor Bahru (JB), dan Kota Kinabalu (KK) bolehlah mengambil penerbangan terus dari Kota Bharu (KB).

Syarikat penerbangan Firefly menawarkan perkhidmatan penerbangan terus dari Kota Bharu ke Pulau Pinang dan Johor Bahru, manakala AirAsia menawarkan perkhidmatan bagi laluan Kota Bharu - Kota Kinabalu mulai 16 November 2013. 

Warga TDI yang ingin mengambil penerbangan dari Kota Bharu bolehlah mengambil perkhidmatan bas ekspres dari Chukai (Kemaman), Dungun, Marang, Kuala Terengganu, dan Jerteh ke pusat bandar raya Kota Bharu terlebih dahulu sebelum mengambil bas bandar atau kereta sewa terus ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (LTSIP). 

Jika anda perlu bermalam di Kota Bharu, anda boleh menginap di Hotel Golden Terminal Lodge (Tel: +609-774 1001) yang terletak di hadapan bangunan terminal LTSIP atau anda boleh menginap di pusat bandar raya Kota Bharu yang terletak kira-kira lapan kilometer dari LTSIP. Untuk maklumat lanjut tentang kemudahan hotel di pusat bandar raya Kota Bharu pula, sila layari laman sesawang: www.kbbri.blogspot.com (sila rujuk senarai di sebelah kanan).

Dalam pada itu, warga Pahang juga boleh mengambil penerbangan dari Kota Bharu terutamanya untuk ke Kota Kinabalu secara terus terutamanya warga daerah Kuantan dan Lipis. Warga Kuantan boleh mengambil perkhidmatan bas ekspres untuk ke Kota Bharu, manakala warga Lipis boleh mengambil perkhidmatan kereta api ke Stesen Kereta Api Wakaf Bharu yang paling hampir dengan bandar raya Kota Bharu. Untuk maklumat lanjut tentang LTSIP, sila layari laman sesawang: www.kotabharuairport.blogspot.com.  

Selain itu, Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia ada menawarkan perkhidmatan bagi laluan Kota Bharu - Kuala Lumpur, manakala Firefly, Malindo Air, dan Berjaya Air menawarkan perkhidmatan bagi laluan Kota Bharu - Subang (Shah Alam).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan