KOTA BHARU: Kerajaan negeri mewujudkan Unit Khas di
bawah seliaan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bagi menyelesaikan
permohonan pemilikan tanah rakyat yang masih tertunggak di Kelantan.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah (gambar) berkata, sehingga sekarang masih terdapat sebanyak 48,000 fail permohonan tanah yang tertunggak.
Katanya, kes tertunggak itu paling tinggi di Kuala Krai sebanyak 20,927 fail, Gua Musang (12,307), Jeli (6,610) dan Tanah Merah (4,653).
“Bagaimanapun sehingga sekarang sebanyak 72,000 permohonan hak milik tanah telah diluluskan,” katanya ketika menjawab soalan Rohani Ibrahim(PAS-Tanjung Mas) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.
Menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dabong, Datuk Ramzi Ab Rahman beliau berkata, sejak diwujudkan unit khas tersebut telah memperlihatkan kemajuan daripada aspek kelulusan tanah.
Katanya juga unit tersebut akan dipertingkatkan lagi dengan kemungkinan menambah jumlah kakitangan dan mengkaji langkah-langkah baru yang lebih sesuai.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, kerajaan negeri telah melaksanakan pembinaan rumah mampu milik di peringkat jajahan, dan belum lagi dapat diperluaskan ke peringkat DUN.
“Sehingga kini proses temuduga sedang dijalankan bagi perumahan mampu milik kos rendah yang telah siap dibina di Labok, Machang. Selain itu projek rumah mampu milik juga dilaksanakan di Gua Musang,” katanya menjawab soalan Rozi Muhamad (PAS-Tendong). Menurutnya juga sehingga sekarang sebanyak 4,113 unit rumah awam kos rendah dibina di Kelantan.

Sumber: Harakah Daily | 8 Okt. 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan