Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 3 Oktober 2013

MAS bolot anugerah Syarikat Penerbangan Utama Asia

MALAYSIA Airlines (MAS) dinamakan sebagai 'Syarikat Penerbangan Utama Asia' di anugerah World Travel Awards (WTA) 2013, menewaskan 11 lagi syarikat penerbangan perkhidmatan penuh terkemuka lain.
  
Anugerah berprestij itu disampaikan pada majlis gala Asia dan Australasia WTA yang diadakan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Pengarah Perkhidmatan Pelanggan MAS, Datuk Mohd Salleh Ahmad Tebrani berkata, pengiktirafan oleh WTA itu adalah hasil daripada semangat pasukan untuk menyediakan hospitaliti Malaysia kepada semua pelanggan.
  
"Kami berusaha sedaya upaya kami untuk menyediakan perkhidmatan pelanggan berkualiti tinggi, ikhlas dan konsisten. "Kami berterima kasih kepada semua rakan kongsi dan pelanggan kami kerana mengundi Malaysia Airlines," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anugerah itu merupakan pengiktirafan yang sewajarnya bagi MAS ketika ia meraikan ulang tahun ke-41 pada 1 Oktober. WTA berasaskan kepada undian daripada peserta industri perjalanan dan pelanggan dan anugerah itu merupakan penanda aras unik bagi kecemerlangan perniagaan dan kualiti industri.

Sumber: BERNAMA | 2 Okt. 2013 |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan