Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Selasa, 8 Oktober 2013

Kemudahan mengisi bahan bakar akan disedia di LTSIP

Gambar hiasan: Sebuah pesawat sedang diisi bahan bakar.
LAPANGAN Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Kota Bharu, Kelantan akan dilengkapi dengan kemudahan lori (tangki) pengisian bahan bakar pesawat (aircraft refuelling bowser) tidak lama lagi.

Kemudahan ini amat penting bagi syarikat-syarikat penerbangan yang beroperasi di LTSIP untuk mengisi bahan bakar untuk operasi pesawat mereka.

Kemudahan ini tidak terdapat di semua lapangan terbang di Malaysia dan hanya lapangan terbang yang benar-benar maju atau hab penerbangan sahaja boleh didapati. Kemudahan ini biasanya disediakan oleh syarikat-syarikat minyak seperti Petronas dan Petron. LTSIP akan menjadi lapangan terbang negeri pertama di Pantai Timur yang dilengkapi dengan kemudahan ini.

Dengan adanya kemudahan ini, ia akan dapat membantu syarikat penerbangan yang beroperasi di LTSIP untuk menawarkan perkhidmatan penerbangan ke laluan-laluan baharu serantau dari Kota Bharu seperti  Bangkok (Thailand), Bandar Raya Ho Chi Minh (Vietnam), dan Singapura. Ia juga dapat membantu syarikat penerbangan menawarkan perkhidmatan ke bandar-bandar raya di Malaysia Timur terutamanya Kota Kinabalu (Sabah) dan Kuching (Sarawak).

Kompleks depoh simpanan bahan bakar pesawat pula akan dibina berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Parang Puting di sebelah landasan no. 28. Penyediaan kemudahan ini merupakan salah satu langkah untuk menaik taraf LTSIP kepada sebuah lapangan terbang antarabangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan