KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memperuntukkan sejumlah
RM171.88 juta untuk program penyediaan kemudahan infrastruktur asas
kepada rakyat dalam Belanjawan 2014.
Pada masa yang sama, peruntukan mengurus negeri juga turut disediakan sebanyak RM85.5 juta pula akan disalurkan sama seperti Belanjawan 2013.
Peruntukkan itu dari Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri kepada JKR, PBT dan Pejabat Tanah dan Jajahan bagi menyelenggarakan jalan-jalan negeri.
Ketika membentangkan Belanjawan 2014 itu semalam, Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, ia selaras dengan komitmen kerajaan negeri untuk menjamin kesejahteraan dan kebajikan rakyat.
Katanya, di bawah Jabatan Kerja raya (JKR) Negeri 2014, sejumlah RM21 juta telah diperuntukkan untuk pembangunan jalan dan jambatan bagi mempertingkatkan keselamatan pengguna di samping memperluaskan rangkaian jalan.
“Kerja-kerja memperluaskan persimpangan jalan utama yang sempit dan menaiktaraf serta melebarkan jalan akan terus dipergiatkan,”ujarnya.
Pada masa yang sama, menurut Ahmad lagi, sebanyak RM30 juta lagi akan diperuntukkan bagi proses pengambilan balik tanah pada tahun 2014. Tambahnya, ia bertujuan untuk menyambung beberapa jalan-jalan utama yang sedia ada di sekitar Kota Bharu bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.
“Sebanyak RM50,000 lagi diperuntukkan untuk projek tradisional bagi memperelok atau menaik taraf kampung-kampung tradisional,”ujarnya.

Sumber: Harakah Daily | 8 Okt. 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan