KUALA LUMPUR: Terdapat kemungkinan bahawa cukai rokok, arak dan judi
akan dinaikkan pada Belanjawan 2014 akan datang, melihat kepada kenaikan
terbaharu harga rokok.
Naib Presiden Kanan, Ketua Penyelidikan Kenanga Investment Bank Bhd, Chan Ken Yew berkata adalah juga dijangka pasaran akan melihat beberapa potongan subsidi dalam belanjawan itu.
"Selain meningkatkan kedudukan fiskal negara, adalah tidak mengejutkan untuk melihat kerajaan memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), dalam usaha untuk meluaskan perolehan cukai," katanya pada satu sidang media di sini hari ini.
Mengenai impak belanjawan itu kepada pasaran tempatan, Chan berkata pengumuman ini tidak banyak memberi kesan, kecuali terdapat lebih banyak langkah yang mesra pasaran seperti potongan cukai korporat.
"Bagi setiap satu peratus pengurangan pada cukai korporat, kami menganggarkan ini akan mendorong kira-kira 18 mata indeks di FTSE Bursa Malaysia KLCI," tambah beliau.
Belanjawan 2014 akan dibentangkan pada 25 Oktober di Parlimen oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga merupakan Menteri Kewangan.

Sumber: BERNAMA | 7 Okt. 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan