Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Selasa, 1 Oktober 2013

Lebuh Raya Pantai Timur Fasa II siap September 2014

KUALA TERENGGANU: Jajaran Lebuh Raya Pantai Timur Fasa II (LPT2) yang menghubungkan Jabor - Kuala Terengganu akan siap dan dibuka sepenuhnya pada September 2014.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pengangkutan Negeri Ir Rosli Othman berkata jajaran sepanjang 184 kilometer itu melibatkan 15 pakej.

"Daripada 15 pakej itu, sebanyak tujuh pekej telah ditender semula dan kerja-kerja pembinaannya sedang berjalan," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini Isnin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Azan Ismail (PKR - Bandar) yang ingin tahu bilakah LPT2 dari Jabor ke Kuala Terengganu akan dibuka kepada orang ramai.

Rosli berkata sehingga ini perbelanjaan untuk lebuh raya itu ialah RM2.653 bilion iaitu sebanyak RM1.85 bilion daripada Dana Khas, manakala selebihnya perbelanjaan kerajaan persekutuan.

Projek LPT2 itu mengalami kelewatan berikutan beberapa pakej utama terpaksa ditender semula kerana kontraktor-kontraktor terlibat menarik diri akibat kenaikan harga bahan binaan di pasaran.

Sumber: BERNAMA | 30 Sept. 2013 |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan