Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Selasa, 1 Oktober 2013

Kelantan tubuh Akademi Seni Islam

Nik Aziz bersama Ahmad (tengah) menyampaikan cenderahati kepada pelakon Hairie Othman.
AMPANG: Kerajaan Kelantan akan menubuhkan Akademi Seni Islam bagi membantu selebriti mengembangkan bakat mereka mengikut landasan Islam.

Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yaakob berkata, penubuhan akademi itu sekali gus beri peluang selebriti menggunakan medan hiburan sebagai aktiviti berdakwah dalam seni. "Kita akan cuba membina Akademi Seni Islam ini dan akan buat kajian terbaik untuk tubuhkannya.

"Bukan seperti dalam politik, tapi orang seni yang boleh mengetengahkan Islam dengan pelbagai cara. Yang penting Islam itu agama fitrah dan mampu beri ketenangan kepada semua pihak," katanya ketika berucap di  Majlis Ramah Mesra Kerajaan Negeri Kelantan Bersama Selebriti di sini, semalam.Hadir sama, bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Seramai 30 selebriti tanah air dan seorang dari Indonesia hadir memeriahkan majlis itu. Mengulas lanjut, Ahmad berkata, Islam sendiri tidak halang umatnya berhibur selagi tidak melalaikan atau menyimpang daripada kesucian Islam.

"Selama ini mereka berpendapat, selebriti ini berasingan dengan kerja-kerja gerakan Islam, tapi sebenarnya Islam itu boleh dihayati keindahan dan nikmatnya dalam pelbagai bentuk yang boleh dizahirkan dalam sanubari kita.

"Mungkin melalui ahli seni, ahli kebudayaan ini boleh menyampaikan seperti sajak, syair, lakonan, nyanyian bahawa Islam itu murni dan cantik," katanya.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz dalam ucapannya memanjat kesyukuran melihat selebriti tanah air yang semakin hari ramai mendekati Islam.

"Alhamdulillah dengan usaha kerdil di bawah Kelantan, seorang demi seorang kembali ke ajaran Islam, kerja-kerja (dakwah) Islam ini adalah kerja wajib, tiada pilihan," katanya.

Sumber: Sinar Harian | 30 Sept. 2013 |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan