Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 10 November 2013

Terminal teksi baharu Kuala Terengganu beroperasi awal tahun depan


KUALA TERENGGANU: Terminal teksi baharu yang dibina berhampiran Dataran Shahbandar di sini akan beroperasi Januari depan, kata Datuk Bandar Kuala Terengganu Datuk Adzlan Mohd Dagang.

Katanya terminal bernilai RM350,000 itu yang dibina sejak November tahun lepas sudah siap sepenuhnya. "Terminal baharu ini mempunyai 36 tapak teksi serta pelbagai kemudahan lain yang akan memberi keselesaan kepada pengguna," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata kedudukan strategik terminal baharu itu juga dijangka dapat membantu melancarkan lagi sistem pengangkutan awam di bandar raya ini.

Sumber: BERNAMA | 8 Nov. 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan