Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 7 November 2013

Rakyat Kelantan tetap bangga

Penyokong Kelantan yang memenuhi Stadium Shah Alam, malam kelmarin
KOTA BHARU: Meskipun The Red Warriors (TRW) gagal mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia musim ini namun semangat yang ditunjukkan tetap membanggakan rakyat Kelantan, kata Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

“Saya ucapkan syabas kepada pemain pasukan TRW yang telah menunjukkan semangat juang tinggi hingga tiupan wisel terakhir.

“Sekalipun tewas 0-1, rakyat Kelantan tetap berbangga dengan semangat yang ditunjukkan,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau, semalam.

Ahmad juga turut mengucapkan tahniah kepada pasukan Pahang yang berjaya memenangi Piala Malaysia apabila menang 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, malam kelmarin.

Jaringan tunggal penyerang import Pahang, Matias Ruben Conti minit-58 pada perlawanan penuh berprestij itu, sekali gus menamatkan penantian selama 21 tahun pasukan skuad Tok Gajah untuk menjulang Piala Malaysia. Perlawanan penuh debaran itu disaksikan kira-kira 40,000 hingga 50,000 penyokong kedua-dua pasukan.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 5 Nov. 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan