Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Jumaat, 8 November 2013

Agrobank serah zakat lebih RM70,000 kepada MAIK

KOTA BHARU: Agrobank Rabu menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun 2012 berjumlah RM70,183.80 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di sini.

Zakat perniagaan tersebut diserahkan Pengurus Wilayah Terengganu dan Kelantan Syed Ibrahim Syed Mohamad kepada Timbalan Yang Dipertua MAIK, Datuk Kamaruddin Mohd Zain.

Menurut kenyataan akhbar Agrobank, nilai penyerahan zakat perniagaan sentiasa meningkat pada setiap tahun selaras dengan nilai aset di semua cawangan Agrobank di seluruh negara.

"Bagi tahun 2012, zakat perniagaan yang dikeluarkan Agrobank berjumlah RM2,082,315.14 yang mana ia diagihkan kepada Pusat Pungutan Zakat negeri-negeri dan sebahagian lagi akan diagihkan oleh Bank kepada golongan asnaf yang layak secara berperingkat," menurut kenyataan itu.

Selain penyerahan zakat perniagaan kepada Maik, Agrobank turut menjalankan tanggungjawab sosial dengan menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

"Hari ini juga, Agrobank menyampaikan sebuah kenderaan dan zakat asnaf bernilai RM5,000 kepada Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Kelantan (Yaatim)," menurut kenyataan itu. Turut hadir, Pengerusi Yaatim Datuk Dr. Razak Kechik.

Sumber: BERNAMA | 6 Nov. 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan