Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 10 November 2013

Penduduk di kawasan rendah diminta buat persiapan awal hadapi banjir

Haliludin Rahim (kanan) melontar bola takraw sebagai gimik pelancaran Kejohanan Sepak Takraw Piala Ketua Polis Daerah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, Kelantan, semalam.
PASIR MAS: Pihak polis menggesa penduduk di kawasan rendah dan sering ditenggelami banjir terutamanya di sepanjang tebing Sungai Golok supaya membuat persediaan awal untuk menghadapi musim tengkujuh.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, persediaan awal tersebut amat penting bagi mengelak berlakunya keadaan kelam kabut kerana musim tengkujuh dilihat sudah mula melanda negeri ini.

"Jika keadaan cuaca semasa diambil kira, persediaan sudah boleh dilakukan secara perlahan-lahan kerana bulan ini merupakan permulaan kepada musim tengkujuh," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Sepak Takraw Ketua Polis Daerah Pasir Mas Bersama Komuniti Polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.

Pertandingan yang bermula hari ini itu disertai oleh 39 regu terdiri daripada penduduk di sekitar daerah ini dan dibahagikan kepada dua kategori iaitu belia dan terbuka.

Haliludin memberitahu, penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran Sungai Golok perlu sentiasa peka dengan arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan kerajaan berkaitan dengan banjir.

Menurutnya, arahan tersebut bertujuan memudahkan gerakan membantu dan menyelamat ketika berlakunya banjir nanti.

"Secara keseluruhannya, polis Pasir Mas sudah berada dalam keadaan siap sedia untuk menghadapi banjir musim ini. Kita akan bekerjasama dengan agensi kerajaan yang lain bagi memastikan operasi di musim banjir berjalan dengan lancar.

"Begitupun, tugas-tugas penguatkuasaan tetap kita laksanakan walaupun di musim banjir. Aspek pencegahan jenayah turut dilaksanakan," ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia | Edisi Timur | 8 Nov. 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan