Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Isnin, 11 November 2013

Nor Farhan masih berunding dengan KAFA

STATUS pemain The Red Warriors, Mohd Nor Farhan Muhammad (gambar) masih lagi menjadi tanda tanya meski pun dia sebelum ini dikatakan bakal berhijrah ke pasukan selatan tanah air, Johor Darul Takzim (JDT).

Hal ini kerana Mohd Nor Farhan belum menandatangani sebarang kontrak bersama pasukan tersebut, sekali gus mengesahkan pemain berusia 29 tahun itu masih menjadi milik mutlak Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Sumber dalaman memberitahu, Mohd Nor Farhan dikatakan masih mengadakan rundingan dengan pihak KAFA ketika ini bagi membolehkan beliau kekal beraksi bersama Kelantan pada musim depan.

“Tidak timbul soal dia (Mohd Nor Farhan) membuat pusingan U. Apa yang boleh saya katakan dia masih milik Kelantan sehingga hari ini. Namun ada beberapa perkara yang perlu dibereskan bagi membolehkan kemelut ini diselesaikan.

“Berat hati dia untuk meninggalkan Kelantan. Dia begitu menyukai atmosfera bola sepak terutama gelagat penyokong Kelantan di sini. Jadi berilah dia sedikit masa untuk membuat keputusan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Jelas sumber dalaman itu lagi, sikap penyokong Kelantan yang sentiasa menyanjung tinggi mana-mana pemain bola sepak menyarung jersi negeri tersebut membuatkan Mohd Nor Farhan atau dikenali ‘Ben 10’ begitu sukar untuk membuat keputusan berhijrah ke pasukan lain.

Bukan tawaran lumayan tetapi kepuasan bermain menjadi keutamaannya. Dia tidak mahu peminat menuduhnya meninggalkan Kelantan disebabkan mengejar wang ringgit semata-mata. Dia begitu gembira bermain dan mahu kekal di sini,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Ultras | 11 Nov. 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan