Roslan (depan, tengah) membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu semalam bersama 20 ahli KSBK yang lain. - Foto Sinar Harian Khiru Salleh Abdullah |
SEBUAH badan bukan kerajaan (NGO) tampil membuat
laporan polis berhubung ugutan terhadap tiga pemain tonggak utama The
Red Warriors (TRW) di Balai Polis Kota Bharu, semalam.
Pengerusi Kelab Sukarelawan Bantuan Kemasyarakatan Kelantan (KSBK), Roslan Ismail mewakili penyokong Kelantan tidak berpuas hati dengan tindakan seorang pemuda yang membuat ancaman membunuh dan mencederakan pemain tersebut.
“Pemuda itu yang dikenali sebagai Elman Ganu mendakwa akan membunuh Mohd Badhri Mohd Radzi (Piya), mencederakan Indra Putra Mahayuddin serta menjadikan Ahmad Fakri Saarani sebagai pembantu rumah jika Kelantan berjaya memenangi Piala Malaysia, Ahad ini.
“Kami berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas berhubung kes ini, ia merupakan satu penghinaan kepada kami khususnya penyokong setia TRW,” katanya selepas membuat laporan polis, semalam.
Laporan itu dibuat berikutan seorang pemuda yang menggunakan nama Elman Ganu di laman sosial Facebook miliknya mengeluarkan kenyataan ugutan terhadap tiga pemain tersebut dan mencetuskan pelbagai kritikan terutamanya daripada penyokong Kelantan.
Sebelum ini, Indra Putra juga pernah menerima ugutan bunuh ketika perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Kota Bharu apabila didakwa dengan sengaja mencederakan bekas rakan sepasukan, Norshahrul Idlan Talaha.
Menurutnya, tindakan laporan polis yang dibuat bukan dijadikan sebagai landasan pergaduhan di antara tiga negeri iaitu Pahang, Kelantan dan Terengganu, namun ia harus dijadikan teladan kepada semua penyokong untuk bersikap lebih profesional menghadapi sebarang perlawanan.
Beliau berkata, Elman Ganu yang turut menjadikan ibunya sebagai mangsa keadaan kemenangan itu juga merupakan satu tindakan yang kurang waras dan tidak boleh menjadi contoh yang baik kepada semua peminat fanatik bola sepak tanah air.
“Apa pun kami berharap agar pemain yang terlibat serta TRW secara keseluruhannya tidak gentar dengan cabaran sebelum perlawanan akhir Ahad ini, apa yang penting, kita harus menang, kekalkan kejuaraan terdahulu, itu harapan kami,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Ultras | 1 Nov. 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan