Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Sabtu, 2 November 2013

Kelab penyokong cat kepala

Harun (depan) menunjukkan aksi ganas bersama ahli kelab gendang yang akan membawa pelbagai kelainan bagi memeriahkan perlawanan berprestij di Stadium Shah Alam, Ahad ini.
KOTA BHARU: Seramai 20 ahli kumpulan gendang Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan, mengecat kepala mereka dengan warna merah bagi memeriahkan sambutan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Pahang yang bakal berentap Ahad ini.

Ketua kumpulan gendang terbabit, Harun Ali berkata, sejak sembilan tahun lalu selepas secara rasminya menubuhkan kumpulan berkenaan, dia membawa kelainan dalam kumpulan itu dengan pelbagai cara termasuk mencukur kepala semasa perlawanan Piala FA yang dijuarai Kelantan, Jun lalu.

“Pada perlawanan final Piala Malaysia kali ini, kita mewarnakan kepala dengan warna merah bagi membakar semangat barisan pemain supaya dapat membawa pulang piala berprestij itu dan mengekalkan kejuaraan.

“Kita anggap semua pemain The Red Warriors (TRW) sebagai ‘wira merah’ dan merekalah wira yang akan bertempur pada hari perlawanan dengan semangat juang dan membawa balik piala yang menjadi rebutan itu,” katanya, semalam.

Harun Ali berkata, bagi menyemarakkan perlawanan terbabit yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam Ahad ini, beliau bersama ahli rombongan akan bertolak ke sana pada malam Sabtu dengan diiringi 20 ahli kumpulan bersama gendang khas yang juga turut akan di bawa bersama-sama ke sana nanti.

“Kami sebagai penyokong tegar TRW akan sentiasa memberikan sokongan padu kepada pasukan kesayangan dan mengharapkan kemenangan akan berpihak kepada Kelantan. Harapan kami supaya TRW dapat merangkul kejuaraan pada perlawanan kali ini dan menewaskan pihak lawan dengan jaringan gol 2-0," katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 2 Nov. 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan