BACHOK: Lembaga Kenaf dan Tembakau (LKTN) Kelantan mengenal pasti
kawasan seluas 140 hektar meliputi jajahan Pasir Puteh, Bachok dan Pasir
Mas untuk ditanam dengan kenaf pada akhir tahun ini.
Pengarahnya, Mohd Fakri Mohamad Noor berkata, projek itu membabitkan 70 petani yang sebelum ini menanam tembakau.
"LKTN memperuntukkan RM334,000 untuk bantuan termasuk membajak, benih,
baja dan racun kepada petani terbabit," katanya kepada pemberita dalam
majlis kesyukuran penanam kenaf di Kampung Gelong Badak di sini, hari
ini.
Mohd Fakri berkata projek itu dijangka memberi hasil sekitar RM500,000
apabila tanaman terbabit dapat dituai dalam tempoh tiga bulan selepas
ditanam.
LKTN akan membeli kesemua hasil pada harga RM500 satu tan pokok kering,
untuk diproses di empat pusat pengumpulan dan pemprosesan di Bachok,
Pasir Puteh, Pasir Mas dan Tumpat, katanya.
Sumber: BERNAMA | 31 Okt. 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan